Pandangan rohaniah Makna hidup

Mitch Albom mengemukakan beberapa persoalan yang menarik dalam buku larisnya, "Selasa-selasa dengan Morrie" ("Tuesdays with Morrie") mengenai seorang profesornya yang hampir mati. Kehidupan Albom sebagai pengarang sehingga masa itu sia-sia sahaja kerana beliau mengejari benda-benda yang dikatanya salah: rumah-rumah yang lebih besar, kereta-kereta SUV yang lebih besar, dan pendapatan yang lebih lumayan. Walau berapa besar pun, benda-benda tersebut tidak dapat mengisikan kekosongan hidupnya. Hakikat yang kita semua kena menghadapi adalah serupa dengan apa yang disedari oleh Morrie sewaktu beliau menghidapi penyakit Lou Gehrig, yakni dunia masih sama hijau dengan masa sebelum beliau menghidapi penyakit yang boleh membawa maut itu. Dunia tidak akan berhenti ataupun tamat kerana anda mati. Pengalaman profesor itu sentiasa menghantuinya yang mengamalkan penghidupan egosentrik. Albom belajar daripada Profesor Morrie bahawa makna hidup yang benar adalah untuk memberi, menyayangi dan berkongsi apa-apa yang anda ada, dan benda-benda ini diturunkan pula dari satu generasi ke satu generasi.

James Redfield memberi pandangan Zaman Baru ("New Age) terhadap makna hidup dalam bukunya, "Ramalan Celestine" ("The Celestine Prophecy). Beliau menyarankan bahawa makna hidup boleh ditemui dalam diri sendiri, melalui siri wawasan rohaniah peribadi. Kemudian, dalam bukunya yang dikarang bersama-sama dengan Michael Murphy bertajuk "Tuhan dan Alam Semesta yang Berkembang: Langkah yang berikut dalam Evolusi Peribadi" ("God and the Evolving Universe: The Next Step in Personal Evolution") (2002), beliau menuntutkan bahawa kemanusian hampir-hampir dalam proses mengalami pertukaran kesedaran.